assalamualaikum
bertemu kita lagi ye. melihat kepada tajuk di atas, anda semua mesti sedia maklum bahawa baru beberapa hari lepas saya telah menjadi birthday girl. so post kali ini akan lebih menceritakan tentang sambutan birthday saya itu. sungguh skema bahasa saya kan? jadi saya akan menukarnya supaya anda semua tidak muntah.
ok. pasal my birthday tu. sambutan kali ni (ceh guna perkataan 'sambutan' tu. macam la glamor sangat aku ni) agak meriah berbanding tahun-tahun lepas. tak expect pun akan jadi best macam ni. and yang paling penting terharu sangat-sangat. terasa macam diri ni diingati bila semua orang duk wish dalam fb tu. opps! sori.. bukan semua orang. sesetengah orang yang menghargai aku sebagai seorang kawan kepada diorang je yang wish. aku ingat ok sape yang wish and sape yang tak. sebenarnye its not a big deal kalau tak wish cuma aku ni jenis orang yang akan observe dan ambil tahu perkara remeh temeh ni sebab pekara remeh temeh ni agak penting bagi aku untuk menilai seseorang tu. okay. stop la cite pasal benda-benda tak best ni.
berbalik pasal birthday tu, selain fb, da tentu2 la fon pun menjadi mangsa. family dan kawan-kawan kesayangan aku antar msg birthday kt aku. tu pun da cukup buat aku tersenyum lebar. then bile pegi rumah hantu (fakulti aku..hehe) budak-budak kelas pun wish. siap nyanyi lagi. giler punye terharu. korang mmg the best la geng-geng TS. najwa dengan rina siap belanja lagi kt pusan. ni ade gamba kek yang najwa belikan untuk aku.
sori la terbalik. malas nak rotate. hehe.. ni kek cheese. sedap jugak la kek ni. thanks najwa. and rina for the delicious bubur.
then bila balik ke bilik petang tu rumate aku, cik nad dan jiran kami iaitu maisarah nasardin dan mijah buat surprise kat aku plak. hampeh tul dorang. patut la malam semalam tu buat derk je. tak wish langsung kt aku. ada agenda tersembunyi rupenye. yang si mai ni tukang melaksanakan ape yang dirancang oleh 2 mastermind tak bergaji tu. konon-konon suruh teman die pegi beli makanan kt kafe. aku yang naif lagi innocent ni pun pegi la temankan die. mase da dapat order tu aku pelik sebab ada 1 je makanan. aku pun tanya die sape punya. die dengan selambanya cakap, "Mijah yang punye". pastu aku tanya balik,"kau punye makanan mana?". dengan rasa bangganya dia cakap,"aku tak lapar. ni belikan untuk mijah je." eh. pulak. bukan ke mase die ajak aku nak g beli makan tadi die cakap nak beli untuk die? bile sampai kafe, dan-dan tu pulak kenyang? aku da mula rase pelik time tu. tetibe rajin plak si mai ni nak belikan orang lain makanan tapi die punye takde. tapi rase pelik tu boleh tahan lagi. maybe die nak buat amal jariah la kot dekat rumet die yang tersayang tu. (mai n mijah adelah rumet ok.)
then mase dalam perjalanan balik tu, tengah sibuk berbual dengan mai tetibe die keluarkan fon. die kol sape aku tak tau. tapi tiba-tiba die cakap dengan orang kt tepon tu, "ah ok2. dah." pastu letak. ape ke hal nye tu? takkn kol semata-mata nak cakap perkataan yang pendek-mendek tu? dah sah-sah la buang tebiat si mai ni. bile aku tanya kol sape, die tak jawab pun tapi cepat-cepat ubah topik. hampeh ko mai.
lepas tu, sampai la ke bilik aku, mai terus je menonong nak masuk bilik die tu. aku pun bukak la pintu, tengok rumet aku takde atas katil die. aku macam tertanya-tanya la kejap mane die ni. takkan g bilik jiran kot. dalam aku tengah pikir-pikir tu tetibe aku dengar bunyi lagu dan 2 makhluk keluar dari persembunyian mereka iaitu di sebalik pintu. memang monkey shock aku atau dalam bahasa saintifiknya terkejut beruk aku. 2 makhluk tu pegang kek and nyanyi lagu 'Happy Birthday' kt aku. then mai pun masuk sambil tersengih macam kerang busuk. terus die kate "aku tak tau ape yang dorang nak buat ok? aku just ikut je ape yang dorang suruh". terus kiteorang gelakkan die. mai2.. sebenarnye surprise untuk mai jugak. sebab birthday die 2 hari yang lepas. dekat je ngan ngan birthday aku ni. kat kek tu ada tulis nama kiteorang. bukan name la actually. cume huruf depan name kiteorang je. M & F. then dekat tingkap tu ade tergantung kertas warna-warni yang tulis "HAPPY B'DAY M & F". aku tercengang jap memikirkan bila la dorang ni duk buat benda alah semua ni. padahal selalu je ada depan mata aku dorang ni. pelik bin ajaib. then mula sesi menganbil gambar dan makan kek sampai kenyang.
bila da makan kek tu aku ingatkan semuanya da berakhir le. tapi tiba-tiba si mai bawak keluar 1 beg dari tepi katil nad. aku pelik lagi. rasenya aku duk menghadap kat situ da lame. tapi kenapa tak nampak langsung benda tu? mai pun duk statik je kat situ. bile mase die keluar letak benda tu? tetibe aku rase kawan-kawan aku ni anak didik si David Copperfield tu.
aku pun da malas nak pikir-pikir lagi. terus aku tanya ape benda tu. mai pun cakap,"hadiah untuk kau". lagi la melopong mulut aku. ada hadiah la pulak? bertambah-tambah terharu la aku ni. masa tengok dalam beg tu, bukan 1 je hadiah. tapi 2. pastu ade birthday card handmade punye oleh si mijah.terbaik la korang. ni buat aku sayang lebih ni. hehe

* ni gambar kek ngan decoration yang dorang buat tu plus hadiah-hadiah yang aku dapat. novel, tshirt and kad :)

*para mastermind dan tukang menjalankan rancangan. from the left: mijah, nad and mai.
bersyukur gila bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang sayang dengan kita. aku bukan cakap macam ni sebab surprise yang dorang buat ni tapi kita sendiri akan rasa whether orang tu sayang kite ikhlas atau tak. then bile dorang buat surprise ni lagi la mengukuhkan apa yang aku rasa tu. aku bukan je ada family yang sayang kat aku tapi kawan-kawan jugak. thanks guys. thanks for everything. the wishes especially. dari kawan-kawan matrik, terutama sekali geng-geng 1H08 aku yang disayangi. bihah siap kol and nyanyi untuk aku. aku ingatkan dia tak ingat sebab masa tahun lepas minah tu kene amnesia. hehe
then thanks jugak untuk azam, iswan, saufi, min, sufi yang excited wish sebelum birthday aku lagi sebab nak jadi orang pertama, sofiah, mira, aziah,manje,tikah,aqieh dan ramai lagi la. sori kalau tak dapat tulis kat sini. tapi apa-apa pun korang semua memang the best. and i only appreciate those yang appreciate me. sentiasa ingat tu. bunyi macam jahat tapi kadang-kadang aku da malas asyik nak pikir pasal perasaan orang lain je. perasaan aku sape nak jaga? so kene gak jadi selfish.
tapi yang paling penting aku kene bersyukur kepada ALLAH sebab bagi aku peluang untuk terus hidup dan bernafas sampai la sekarang ni. kalau dia tak izinkan aku hidup, takde maknenye ada surprise tu dan aku pun tak dapat nak tau sape yang menghargai aku atau tak.
thanks ALLAH :)
okay. sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. da ngantuk ni.
bye2. salam.
Sunday, October 10, 2010
Sweet Nineteen :)
Posted by FJ at 10/10/2010 12:03:00 AM 0 comments
Tuesday, September 28, 2010
~PESTA TANGLUNG KAJAI~
assalamualaikum..
hari ni entry akan pendek je. jangan risau encik gedik. okay. hari ni baru aku tersedar betapa banyaknya kelas yang aku da ponteng. (pagi tadi da ponteng 1 kelas. lalala) and secara tiba-tiba aku terfikir kemungkinan yang aku kene repeat subjek. tidak!!!! no!!! never!! takut la wei. serius. thx kepada coursemate aku sebab telah menyedarkan aku mase kelas statistik tadi dan telah menyebabkan mood aku down sikit. tapi takpe la. bagus gak. at least aku masih lagi boleh berubah.(harap-harap la) sebelum final bakal menjelma...
then balik ke bilik, aku tido jap. hehe.. terbang kejap azam nak berubah tadi tu. pastu cik nad ajak makan. then kiteorang pegi la makan sambil nak tunggu pegi meeting pukul 9 nanti. lepas meeting kiteorang pegi pesta tanglung! best la jugak.. walaupun terdapat ramai orang yang aku benci. kaum yang satu tu la. kalau tak paham bace la my third entry tu. tapi pedulikan je la dorang tu. janji me and my friends happy. okay sebelum chow, ni ade gambar mase pesta tanglung tadi.
p/s: yang baju putih and yang bajet cute tu adelah my roomate, cik nad. hehe..(klik kalau nak tengok blog die) .
okay. sampai sini je dulu. lain kali sambung lagi. bye-bye. salam
Posted by FJ at 9/28/2010 11:44:00 PM 0 comments
Sunday, September 26, 2010
ke'CAMPUR'an ke'BAUR'an
assalamualaikum
okay. setelah sekian lame tak bukak blog ni, baru hari ni tergerak hati nak tulis satu post. tu pun disebabkan status yang dibuat oleh cik azzam mutaza di fb beliau. btw selamat datang ke dunia blog wahai azzam.(klik nama azzam tu kalau nak tgk blog die) jangan kau jadi macam aku ngan isye sudah le. name je ade blog tapi malas nak update. hehe
sebenarnye ni baru balik dari wedding abang bihah dekat bangi ni jugak. excited gile bile bihah ajak pegi wedding tu. bukannya ape.. nak jumpa bihah sebenarnye. da lame tak jumpe die. and insyaAllah kalau jadi next week nak keluar ngan geng-geng 'adik-beradikku'. rindu bangat sih dengan dorang. si azzam le sibuk nak tengok MAGIKA. kiteorang ikut kan je la.(padahal aku pun nak tengok same. cite tu macam best) so harap-harap jadi la plan kiteorang ni. dan harap-harap jugak, kereta SUBARU saufi dapat berjasa kepada kiteorang sekali lagi.
then ape lagi ek? okay. raya. tahun ni raya biasa-biasa aje. yang buat kecoh seperti biasa, buah-buah hati pengarang jantung aku tu la. mana tak kecoh. memekak je 24 jam. tak reti penat langsung. main je keje. and yang paling best aku akhirnya dapat jumpe dengan hunny madu kesayangan aku tu dan family aku yang lain la. ni ade beberapa gambar masa raya hari tu.


okay. done with the raya stuff. now nak masuk part hati ke hati plak nih. hehe.. part yang paling complicated dalam hidup semua orang. actually takde apa-apa pun. saje nak meluahkan rasa kechiwa ku ini sebab orang yang aku minat da in a relationship dengan orang lain! uwaaaaa... ( nak g toilet jap. nak meraung puas-puas) haha.. takde la. saje je nak buat gempak tu. setakat ni aku tak penah lagi menangis sebab lelaki. tak berbaloi rasenye buat mase skang ni. tapi masa akan datang aku tak tau. tak berani nak cakap. alah lagi pun aku da jumpe yang baru.. lalalala. budak fact aku. tapi sayangnye die Indonesian! cis! aku tak bersedia nak balik Indon la bai!
ehem3.. eh cik fad! macam la budak tu nak kat kau dow. perasan! haha
buat iklan jap. jangan hiraukan kegilaan aku tu.
stop cite pasal benda mengarut tu. da penat nak taip buat masa skang. lagipun ada orang tu iaitu encik isye telah mengadu bahawa aku punya post panjang sangat. sibuk je gedik tuh. aku punya pasal la. lalalala
okay la. stop sini dulu. kalau rajin aku akan update lagi. InsyaALLAH. bye-bye.
salam.
Posted by FJ at 9/26/2010 05:49:00 PM 0 comments
Sunday, August 29, 2010
kembali lagi
wah..lama gila tak update blog ni. bukannya apa. bz sikit. malas pun ade gak. kejap je bulan puasa da nk habis. tak lama lagi nak raya da. tak sabar kot. harap-harap raya tahun ni best.
sepanjang tak berblogging ni macam-macam da jadi. kebanyakkannya yang sedih la. meh sini aku nak buat list sikit.
antara peristiwa yang aku alami:
1) start dari yang hepi dulu la. aku dapat keluar dengan ex-classmates aku masa kat matrik dulu a.k.a adik beradik aku sekarang. rasa happy tu tak dapat aku gambarkan. macam tak pecaya yang kiteorang dapat gak keluar sama-sama. it was like a small reunion. actually kiteorang plan nak jumpe sehari je but tiba-tiba jadi 2 hari. aku terharu gile ngan dorang sebab sanggup ponteng kelas demi 'percutian' kiteorang tu..hehe.. korang mmg the best la BIHAH, SUFI, MIEN, SAUFI and AZAM. paling terharu kt saufi and azam. sanggup hantar kiteorang yang perempuan ni balik walaupun jauh and penat. ye la.. aku ngan bihah kt UKM bangi, mien UKM kl, sufi UITM, azam UPM and saufi UM. tak ke jauh tu? da la selalu sesat.
kelakar bile ingat-ingat balik. aku nak sangat jumpe korang lagi. dapat sahur and masak sardin masin sama-sama. (sardin tu sedap ok? dorang yang cakap masin. hampeh tul)
hope plan kite nak g genting tu menjadi la. amin.
2) yang ni da masuk part serabut. BIRO!! tension gile! bukannya ape..sakit hati la dengan mereka-mereka yang ada dalam biro tu. biro kiteorang kan kene organise kempen kemerdekaan untuk kolej. then kene la bertungkus lumus nak buat tu. aku ni konon-kononnya dilantik sebagai penolong ketua pengarah. padahal tu semua untuk menggaburi mata orang yang melayu ada post tertinggi dalam biro ni. (biro ni majoriti kaum yang satu tu. melayu 2 orang je)
aku kene buat keje-keje belakang tabir ni. aku tak kisah la. memang suke pun. aku kene buat proposal, surat. penah gak ponteng kelas and tido lambat gile gara-gara biro ni. meeting tiap-tiap hari selasa and khamis sampai aku selalu miss terawih aku. takpe. tu aku boleh tahan lagi. tanggungjawab kene utamakan dulu. then bile proposal da lulus, mula la kene laksanakan ape yang dirancang. meeting tak penah aku tak datang. tapi kaum yang satu tu, ramai je yang tak datang. lantak la. ade aku kesah?? sampai satu masa tu, felo-felo da bising sebab ramai yang tak bagi komitmen.( felo-felo pun termasuk dalam kaum yang satu tu). then baru la dorang datang.
disebabkan keje aku da abes, aku pun nak gak tolong-tolong orang ni. so aku g la tanya dorang ape yang aku boleh tolong. ade senior tu cakap tolong potong words untuk decoration. ok. aku pun da pegang gunting ni nak potong. die suruh aku amik colour paper kt hujung meja. aku pun pegi la. then tetibe ade sorang budak ni(ahli biro tu a.k.a kaum yang satu tu) tanya aku,"eh, u nak buat ape ni?" aku pun cakap la nak tolong gunting. then die amik words yang kat tangan aku tu sambil cakap "wait-wait". ok la. aku tunggu. ingatkan die nak bagi aku words lain. tunggu punye tunggu dalam 5 minit camtu kat tempat yang same macam orang bodoh. die buat tak tahu je sambil continue keje menggunting die tu and bercakap ngan kaum die. tak bengang ke? aku pun ape lagi terus blah la. tu la permulaan aku start bengang ngan dorang.
then mase next meeting tu, dorang sedap-sedap je point out aku untuk jadi usher. aku paling benci keje ni. tapi bile pikir-pikir balik, takpe la. sian kat dorang. tolong je la. at the same time, aku tolong budak biro aku ni gak untuk buat notis pasal kempen tu sebab nak paste kat setiap blok. da la die cakap suruh aku buat time tu aku dalam bas pukul 5 lebih. malam tu ade meeting kul 8.30. dengan nak beli makanan untuk berbuka lagi, solat lagi. tapi takpe. aku think positive. boleh siap punye. lagipun niat kite baik. nak tolong orang. mase aku tunjuk kat budak tu, ok tak notis ni? die cakap ok. lawa la. aku pun macam puas hati la. ye la..1st time buat notis tu. da tu dalam keadaan tergesa-gesa.
tiba la masa yang ditunggu-tunggu. malam perasmian kempen tu dimana aku yang time tu bad mood(tak tau la kenape. sian kawan-kawan aku, especially mai sebab kene tempias bad mood aku tu) kene jadi usher untuk VIP. tapi aku cube gak maniskan muke and senyum. tapi da muke aku camni. senyum pun orang cakap masam gak. lantak la.
lepas majlis tu, banyak gak komen positive yang aku dengar tapi tetap gak kene ade post mortem lepas majlis tu. dalam sesi post mortem tu, seperti yang dijangka ramai yang tak puas hati kat aku. duk perli-perli je memanjang. bengang aku. muke ketat la ape la. macam siot. korang pikir korang bagus sangat. dari gaya felo perasan bagus tu cakap, aku ni macam tak buat keje. " i know who got do the work and who doesn't". balik-balik ayat tu je yang die ulang sambil pandang-pandang aku. bengang gile. tapi aku masih lagi boleh tersenyum. sabar jek. then dorang komplen pasal notis tu. dorang cakap tak kene ngan gaya UKM. time ni ah aku da mule angin. dorang tak tanya pun kenapa notis tu cmtu, ape problem aku mase buat tu. yang dorang tau, aku tak buat keje. padahal tu bukan keje aku. aku tolong orang lain. tak reti berterima kasih langsung. dipendekkan cite, felo-felo di situ seperti tak puas hati kat aku. kan da skema ayat aku. mati la same korang. yang pasti bukannye aku sorang je rase cmtu. nad ngan mai pun same. so at least aku da ade penyokong. malas da nak pikir pasal biro ni. tutup kes. ape-ape pun, aku tulis ni hanya nak menyatakan rase tak puas hati aku kt mereka-meraka yang kat situ je. takde niat nk wujudkan sifat perkauman pun.
3) satu lagi major problem aku ade la pelajaran. part ni memang aku tension sangat-sangat. mid sem next week and aku tak study lagi. tu je yang aku boleh cakap. seperti biasa semangat aku tak timbul-timbul lagi. haish..ntah la. tak tau la pe nak jadi ngan aku ni. da berani ponteng. dulu tak pun. fad..fad..
4) problem ni pulak takde la major sangat. tapi tetap gak bagi impak. pasal lelaki la. ape lagi. akhirnye seperti yang aku jangka budak yang aku minat tu rupenye minat orang lain. selalu aku kene terime nasib cmni. sedih la gak. tapi takpe la. aku doakan kebahagiaan die. lagipun aku sedar diri. memang aku tak sesuai ngan die pun. lagi 1 berkenaan kaum adam ni, ade sorang budak ni tetibe delete fb aku dari friend list die. boleh? sebabnye aku tak layan message die. macam mane aku tak layan, die da ade gf la. tak baik kacau bf orang. tapi masalahnye pehal lak die delete aku? sepatutnye aku la delete die kan? sengal. last2 aku terus block die. baru puas hati aku.
ok la. tu je la. sampai sini dulu. nanti sambung lagi. nak g berbuke jap. padahal tgh ABC. hehe
ni ade gamba aku nak post. time bercuti ngan kawan-kawan aku aritu. bye2. salam.

Posted by FJ at 8/29/2010 05:56:00 PM 0 comments
Wednesday, August 11, 2010
marhaban ya ramadhan
assalamualaikum
akhirnya hari yang ditunggu-tunggu da pun tiba. hari ni da masuk 1st day kita berpuasa. excited sangat. harap-harap dalam bulan yang penuh kemuliaan ni dapat la kumpul banyak pahala. da pasang azam macam-macam ni. tapi part puasa penuh tu gerenti la tak bole kan? :p
insyaALLAH target untuk puasa time ni ade la untuk khatam al-Quran. harap-harap termakbul la. teringat gak kat family tersayang. ni kali kedua tak dapat puasa ngan dorang. tapi takpe la. demi cita-cita ku tempuhi jua..cewah! hihi
tapi dalam bulan puasa macam ni la selalunya dugaan banyak gile. problem pun same. tapi kene think positive! dugaan Allah bagi sebab Allah sayang kite. Allah takkan bagi ujian yang terlalu berat sampai menyusahkan hambaNya. Allah bagi ikut kemampuan kite. so tempuh je la dengan penuh kesabaran. maybe ada hikmah disebalik semua masalah tu.
aku mengaku aku bukan la seorang yang baik. banyak sangat dosa yang aku da buat. so skang ni, sempena bulan Ramadhan ni, i hope to be a better person. aku nak lagi dekat dengan pencipta aku. ni kalau kawan-kawan aku baca ni mesti tergelak and tak pecaya. dalam hati dorang mesti cakap, poyo seh fad! apa-apa je la korang weh. aku nak berubah slow-slow la. takde la drastik sangat. yang penting perangai gila-gila aku tu tetap maintain.
tapi kita sebagai manusia biasa ni mesti la cepat leka, lalai, lupa dengan tanggungjawab and janji-janji kita. tu aku tak nafikan sebab aku selalu je macam tu. kadang-kadang benda macam ni la yang buat tension sebab rasa diri sendiri da mungkir janji. tak kira la dekat Allah ke or kawan-kawan. rasa serba salah sangat-sangat. sikap ni la aku cuba nak kikiskan sempena bulan puasa ni. insyaAllah mesti bole.
eh btw tadi tgk video posted by my ex-classmate masa kat matrik dulu. memang sumpah nak mengalir air mata ni. tak tau la kenapa sejak-sejak kenal ngan dorang ni, i mean sejak masuk matrik la, da tau nak rasa rindu-rindu. padahal dulu tak pun. maybe sebab kiteorang punye friendship terlalu kuat kot. tak pernah aku jumpe classmates macam dorang. serius. lagi-lagi puasa ni. teringat time kiteorang pegi bazar and berbuka same-same. secara jujurnye, aku memang sayang dorang sangat sangat sangat sangat! kat matrik dulu kiteorang da macam adik beradik. tak leh nak berpisah. tapi adat la kan.. setiap pertemuan mesti ade perpisahan. aku redha je. aku sentiasa doakan dorang berjaya and dikurniakan kesihatan yang baik. amin.
ok la. stop sini dulu. esok sambung lagi. nak tido da. kul 4 kang nak bangun sahur. beriye2 je ni. last-last kang terlajak. takpe. janji da niat puasa. :)
once again, SELAMAT BERPUASA
bye-bye. salam.
HARAPAN RAMADHAN
ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
ku Tempuh Jua
Posted by FJ at 8/11/2010 01:40:00 AM 0 comments
Monday, August 9, 2010
ku ada kamu (:
assalamualaikum.
hari ni sungguh letih. muka monyok je masa pegi kelas tadi sebab banyak keje tak siap la.. macam biase. da la tido lewat semalam. tapi berjaya gak harungi hari yang penuh 'warna-warni' walaupun mengantuk tahap gaban.
lusa nanti sume umat islam da start puasa. excited gak nak tunggu bulan puase ni. this is my second time berpuasa tanpa family di sisi. sedih la gak tapi kena redha je la. puasa tak kisah sangat tapi jangan la raya pun tak balik gak. melampau la tu.
tapi dalam bulan puasa ni gak la macam-macam aktiviti, program yang kene buat. for the coming 3 weeks ni, memang bz sangat-sangat. kena organise kempen kemerdekaan untuk kolej rahim kajai. walaupun banyak keje tapi terselit gak rasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang untuk program ni. takpe la. berkorban mase kt 1st year ni. harap-harap untuk tahun depan, dapat duk kolej ni lagi.
dalam bz dengan program-program ni gak, terselit rasa rindu kat kawan-kawan. da lama tak contact. masing-masing ade hal yang perlu disettlekan. farah,bihah,mira n kawan-kawan yang lain. kt family pun same gak. rase nak balik rumah je time tension tu. tapi mengingatkan tanggungjawab kt sini plus harapan family, tempuh je la sume ni. lagipun ALLAH kan ada.
maybe ni la harga yang kene bayar sebelum boleh berjaya macam senior-senior yang graduate tadi. jeles tgk dorang. tapi insyaALLAH satu hari nanti, mesti jadi macam dorang. tapi tu la..kene study sungguh-sungguh. lebih dari sekarang ni. sebab lately ni macam tak fokus nak blaja. semangat macam turun sikit. gara-gara banyak problem.
ok la. setakat ni je dulu. post yang pertama kena cakap random je dulu. da masuk yang ke 2 and seterusnya baru le cite detail ok? last but not least, ni ade lirik lagu yang selalu meningatkan aku kat orang-orang tersayang. hayatilah.
bye. salam.
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Posted by FJ at 8/09/2010 06:12:00 PM 0 comments

