Monday, December 20, 2010

the first day of sem 2

assalamualaikum

hari ni, seperti yang semua warga UKM sedia maklum, merupakan hari pertama kuliah untuk semester 2. masing-masing aku tengok bersemangat je nak pegi kelas. excited semacam. bangun awal. ye la..first day. tengok la dalam dua tiga minggu lagi macam mana. semangat entah ke mana. ni termasuk aku jugak la ye. bukan orang lain je. hehe

tapi aku awal-awal lagi da ponteng kelas. HAHA. tak boleh blah. ni bukan saja-saja nak ponteng. aku ada sebab kukuh. *kukuh ke? no komen. aku ponteng kelas first tu je. lepas tu, yang kelas pukul 10 tu aku pegi la. tapi kan, aku tengok ramai je yang ponteng. nak2 budak kelas aku. satu hari straight tak pegi kelas. bapak berani dorang. tapi lantak la. ikut suka dorang la. malas nak campur. maybe ade la sebab dorang tak datang kelas tu.

lagipun hari ni tak pack sangat. biasa-biasa je. lecturer terangkan pasal couse info ngan outline, then die blah. tapi yang first class yang aku ponteng tu dorang kata da abes 1 chapter. adoyai..rugi aku. takpe2. akan ku topup. insyaALLAH lepas ni tak ponteng lagi kelas ni.
pengalaman lalu sudah mengajarku. hehe


sebab ape aku cakap camtu? sebab gara-gara ponteng kelas, pointer aku rendah! lepas tu kredit hour tak cukup nak register kos lain. tension gak aku tadi. memang menyesal la. padan muka aku. aku da tak tau nak buat pe lagi tapi aku da pegi pejabat da. harap-harap boleh la register. kalau tak boleh jugak, redha je la.. memang kena bertungkus lumus la sem depan nampaknya sebab banyak subjek kena amik. tak pun kene berkorban buat short sem. haish.. dugaan dugaan.

so anak-anak, sempena sem 2 yang baru bermula ni, aku harap aku tak la macam dulu lagi. pemalas tahap maksima. aku akan cuba sedaya upaya untuk berubah. insyaALLAH. tapi kan, aku tak tau la berjaya ke tak aku nak berubah ni atau pun ni hanya hangat-hangat 'chicken shit' je. HAHA. so sama-sama kita nantikan. ;)

tu je untuk hari ni. lain kali post lagi.

"KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA ANDA TIDAK MENCAPAI APA-APA. IA BERMAKNA ANDA TELAH MEMPELAJARI SESUATU"

Tuesday, December 14, 2010

sekali sayang, sayang selamanya

assalamualaikum


kenapa aku rasa macam ni?
maksud aku rasa sedih.
sedih sebab macam kehilangan.
kehilangan apa?
kehilangan seorang kawan baik aku.
sebab dia nak pegi jauh dari aku.


dear friend, aku tau aku tak dapat halang kau.
maybe ni keputusan paling baik dalam hidup kau.
jangan risau ALLAH sentiasa ada dengan kau.
nak2 kau buat semua ni untuk parents kau.


aku cume rasa sedih dan macam tak pecaya yang hari yang kite jumpa sebelum cuti tu rupanya hari last kau dengan aku dekat sini.
aku nak kau tau yang aku enjoy sangat bile kau dengan aku. ye la. kau kan best friend aku.


sori la tadi aku tak dapat nak control emosi aku tadi. hehe
tetibe je nak meleleh lak bile chat ngan kau tadi.
sebenarnya aku terkejut sikit. tetibe je kau nak pegi jauh.
aku rasa macam kekurangan je. geng 'adik beradik' kita pun tak lengkap.


tapi apa apa pun aku akan sentiasa doakan kebahagiaan dan kejayaan kau.
walaupun kita maybe tak dapat jumpe lagi..buat masa terdekat ni.
i will always love u.

maybe ade yang cakap aku ni emosi lebih lebih pulak.
lantak la. aku memang macam ni.
air mata aku murah je nak turun bila melibatkan family dan kawan-kawan aku.
sebab aku sentiasa menghargai orang yang ada disekeliling aku.
bagi aku, korang je la yang penting dalam hidup aku. macam tajuk post ni cakap, sekali sayang, sayang selamanya.


aku akan sentiasa ingat pesan kau tadi tu. kite tetap macam dulu walaupun kau jauh.
InsyaALLAH kita akan jumpa lagi. dan aku pegang janji kau yang kau tak akan lupakan aku..


*this post is dedicated to all my dear friends especially yang jauh dari aku..
SUFI, AMAL, MIRA, SOFIAH, AQIEH, TIKAH.
friends forever :)





"SAHABAT ITU PENGUBAT DUKA, PEMBAWA CERIA"

* to MIZA, welcome to blog world!

Thursday, December 9, 2010

Bertemu + Berbual = TemuBual



assalamualaikum

entry kali ini agak berbeza sikit ok? sebab penulis entry ni ade sedikit bengong hari ni.

(setelah penat merayau di sekeliling kampung mencari berita-berita hot untuk tatapan makcik-makcik kaki ngumpat di sini, aku pun singgah kedai Ah San jap. beli air. haus tekak. masa tengah syok sedut air milo tu, aku terpandang sorang perempuan tengah duduk kat pangkin depan umah Pakcik Johari. aku tengok muka minah tu keruh semacam je. aku pun try pegi dekat die. saje nk bual-bual. mane tau boleh dap
at cite hot ke. nak tau ape yang jadi? jom kita ikuti temubual eksklusif ni bersama aku, Cik DidiLala dan perempuan itu, Fadila *bukan nama sebenar)



DidiLala : assalamualaikum, kak.

Fadila : waalaikumsalam, dik
*nada perli dan tak puas hati sebab die rasa die lagi muda

DidiLala
: hehe. rilek la cik. panggil kak pun marah ke? saya gurau je tu.

Fadila : banyak la kau punye gurau. ni kau datang sini ni nak buat pe?


DidiLala :
(sambil garu-garu kepala yang tak gatal) erm..takde cik. saya saje je jalan-jalan kat sini. kebetulan ternampak cik tengah duk termenung kat sini. tu yang datang tegur tu. maklum la,saya kan peramah orangnya. eh by the way, nama saya DidiLala, wartawan paling hot kat kampung ni.

Fadila : ouh.. wartawan tu. kau la yang buat cite pasal Pakcik Samad keluar dating ngan Senah Janda tu ye? yang sampai bini Pakcik Samad tu mengamuk satu kampung pegi serang si Senah Janda tu? da rupe Hulk aku tengok bini die mengamuk aritu. burok benor.

DidiLala: (sambil tersengih) hehe. betul la tu. memang saya. tapi cite tu bukan gosip semata-mata. memang betul Pakcik Samad pegi dating ngan Senah Janda kat kelab dangdut kat Melaka Raya tu. saya ni bukannya apa. nak elakkan maksiat dalam kampung ni. da benda tu jadi depan mata saya, saya pun bagitau la bini die. kang tak bagitau rasa bersalah ngan berdosa plak.

Fadila : banyak la kau punye salah ngan dosa eh? sape ajar kau? abis tu yang kau cari keje yang ala-ala nak menimbulkan fitnah tu tak salah? tak dosa?

DidiLala : alah cik.. saya punye cerita dijamin tak berunsur fitnah punye. sume cite yang benar-benar belaka.

Fadila : suka hati kau la nak cakap apa. malas aku nak layan kau ni. ade je jawabnya. wartawan la katekan. buat bertambah sakit je kepala otak aku ni bercakap ngan kau.

DidiLala : jangan cakap camtu cik. rilek la. eh dari tadi berbual, lupa nak tanya, nama cik ape?

Fadila : nama aku? Fadila. *bukan nama sebenar

DidiLala : ouh fadila.. nak tanya sikit boleh?

Fadila : kau nak tanya ape ni? dasar wartawan betul la kau ni.

DidiLala : hihi. saya nak tanya apesal muka cik dari tadi monyok je? dari jauh lagi saya da nampak muke cik tu. burok bebenor.*sambil gelak-gelak

Fadila : wak lu burok! mulut kau tu takde insurans eh? baik kau pegi amik insurans sebelum aku sumbat batu ni dalam mulut kau yang laser tu.

DidiLala : okay okay cik. saya mintak maaf cik sebab terover sikit tadi.

Fadila : tau kau takut. kau tak kenal lagi sape aku ni. sume laki takut ngan aku kau tau tak? setakat kau yang perempuan ni, lagi la.. aku tiup je. *nada riak, bangga dan takbur

DidiLala :ye ke cik? fuyoo..hebat la cik! mesti cik ni single kan? takde orang nak sebab garang sangat kan? hehe. opps! terlebih sudah. sori sekali lagi cik.

Fadila: (jelingan maut dihadiahkan kepada DidiLala)

DidiLala : ok la. back to topic. kenapa muke cik monyok je ni?

Fadila : aku ade problem la. ape lagi. takkan la aku happy, muke aku monyok camni. sengal la kau.

DidiLala : ouh.. ade problem. problem ape tu? mane tau saya boleh tolong. share-share la. sharing is caring.

Fadila : banyak la kau punye caring. pandai je kau nak mengorek cite ye?

DidiLala : hehe. biase la tu. nak buat camne. da hobi.. cik, jawab la soalan saya tu.

Fadila : yela yela. aku ni bukannya ape. cuma takde mood je. sebab esok aku da takde kat sini.

DidiLala : takde kat sini? cik nak pegi mane pulak? nak lari rumah ke?

Fadila : kepala otak kau! suka suki cakap aku nak lari rumah. walaupun rumah aku ni takde la lawa sangat, tapi duk kat sini rase macam heaven ko tau tak? aku kene balik U esok la.

DidiLala : balik U..cakap la awal-awal. takkan pasal tu je muke monyok? very the childish la u ni cik.

Fadila : kau cakap senang la. kau tak rase ape yang aku rase. orang lain cuti lagi tapi aku lak yang kene balik awal. da la duk sane boring gile. pastu kene pulak buat benda yang aku tak bape nak suke and kene hadap muka-muka yang aku menyampah. seksa tau jadi junior ni! nak bersuara sikit orang da pandang semacam.

DidiLala : ouh...camtu rupenye *sambil terangguk-angguk macam burung belatuk. alah cik sabar je la. lama-lama nanti okay la tu.

Fadila : ye la kot. entah la aku pun tak tau. ni lagi satu yang buat aku risau ni. result exam aku keluar esok. for sure aku dapat low kalau dikenangkan cara aku jawab exam aritu. haru biru. terbang sume mimpi nak dapat 4 flat, dekan dan sebagainya. and yang paling aku takut sekali kene repeat! ya Allah! mintak jauh la. and the worst is, aku tak ingat password smpweb aku. so cmne aku nk check result kan? very the hampeh!

DidiLala : hahaha. malang sungguh la cik ni. pegi mandi bunga la cik buang segala bala yang ada kat badan cik tu.

Fadila : boleh boleh. aku mandi bunga. tapi kau pun kene mandi gak. takkan aku sorang je.

DidiLala : asal lak? saya tak yah mandi bunga sume tu. memang takde nasib malang le saya ni.

Fadila : bukan mandi bunga la. tapi kau kene mandi longkang supaya mulut laser kau tu tau duduk diam sikit.

DidiLala : amboi amboi amboi. sedap je cik mengata saya ye? nasib baik saya ni tak kepala angin macam cik. cakap sikit je da melenting.

Fadila : bile mase aku melenting? *high pitch

Didilala : (monolog dalaman: sakit telinga aku minah ni kalau bercakap. boleh pekak. banyak la die punye tak melenting kalau cakap sikit da kene fire) yela yela cik. saya yang silap cakap.

Fadila : tau pun kau. eh da la. dari aku melayan kau ni baik aku masuk dalam tengok American's Next Top Model. lagi best.

DidiLala : ape barang tengok tu cik. tengok la Selami Jiwa tu ke, Soal Asyraf tu ke, eh btw asyraf tu cute la. hehe.

Fadila : diam ah kau! menyibuk je. gatal gak kau ye? dia tu da kawin la wei tak salah aku. takde can la kau.

DidiLala : saya admire die je la cik. bukannya nak kat die pun. ni la mentaliti orang skang. bila kita cakap orang tu cute, kite suka pandang die, mula la die cakap yang kite ni syok kat orang tu. nak couple la ape la. ntah ape-ape la korang ni.

Fadila : whatever la kau. malas nak layan. aku nak masuk dulu ni. eh jap. cite aku ni kau nak masukkan dalam ruangan gosip kau tu ke?

DidiLala : takde maknenye cik. tak berbaloi. bukannya hot pun. buang masa, tenaga dan duit je.

Fadila : ceh. buang masa, tenaga konon. yang kau pegi soal aku macam-macam tu tak buang ape-ape la ye?

DidiLala : tu lain. tu hanya terdorong oleh sikap ingin tahu saya yang membuak-buak ni je.

Fadila : blah la ko. dah dah aku masuk dulu. kau pegi balik.

DidiLala : halau nampak? ye la cik. saya balik dulu. assalamualaikum.

Fadila : tak halau cume aku rimas je. waalaikumsalam.


Seminggu kemudian..

HOT HOT HOT!

ruangan gosip oleh : DidiLala
Kampung Hilir, 9 Dis - Dilaporkan bahawa anak dara PakCik Johari sudah mula malas hendak belajar lagi. Beliau tidak mahu pulang ke U dan hanya mahu berkepit dengan ibu bapa beliau 24 jam. Selain itu, bla..bla..bla...bla..bla...........

*entry kali ni takde kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah tiada. ni hanya repekan aku. sekian terima kasih.


"Perbaiki Diri Anda Sebelum Anda Mengkritik Orang Lain"