Tuesday, November 23, 2010

belajar bawak moto!

assalamualaikum

sebenarnya planning aku masa cuti ni adalah untuk amik lesen kete. konon-kononnye la.
tapi sampai sekarang tak amik-amik pun. perancangan tu memang ada tapi nak melaksanakannya tu tak tau bile.
rasa-rasanya next year jugak ni aku amik lesen kete.

so bila dah duk umah ni asyik menternak lemak je, mula lah keboringan melanda.
tak tau nak buat apa. nak keluar ngan farah, kang mak aku bising sebab selalu keluar.
kiteorang kalau keluar bukan macam orang lain. tak main keluar pagi2 ke petang2 ke.
tak macho. kiteorang keluar bila matahari da sembunyi, then bulan lak muncul. hehe. kira macam hantu la gak ni.

pastu disebabkan melaka tak banyak tempat lepak yang ala2 macam kl tu, so keje kteorang ni round2 je la. then tengok midnight punye wayang. lepak mcd. n tengok orang drift n rempit kt ayer keroh. kehkehkeh. sangat macam jantan. memang takde tokoh calon isteri langsung.

TAPI kteorang tetap jaga maruah diri n ingat pesan mak bapak kiteorang. me and farah just tengok dalam kete je. tak akan bercampur dengan dorang yang rata-ratanya sume lelaki. kunci pintu n tutup tingkap kereta. memang takde orang perasan punye la.
then bile da boring, pegi pantai. dapat skodeng2 abang-abang yang HOT gile. hehehe. pastu jalan-jalan lagi sambil bukak radio kuat-kuat. kiteorang bukak SINAR FM okay. so paham-paham la lagu apa yang kiteorang layan and terpekik terlolong macam orang gile dalam kete tu. bile da penat, balik la.

okay. back to topic. aku sekarang tgh blaja moto yg selama ni takde dalam agenda hidup aku. tapi illegally la. takde maknenye aku nak g memalukan diri pegi amik lesen moto dengan tak tau apa-apa ni.

best gak bawak moto. tapi memang macam siput la aku bawak. rasenye siput pun laju. da la penakut. menggigil aku pegang handle tu. basikal pun lesen L lagi. ni nak bawak moto.
mula-mula tu adik aku yang third tu ajar. die duk belakang aku. tension die nak ajar aku. ape taknya. aku nak jatuh aku salahkan die. handle aku senget aku salahkan die. nak buat camne. da memang kakak kau camni farouk.

then sambung blaja malam pulak. ni abang rosli aku la yang ajar. time ni da yakin sikit la. (konon-kononnye la. padahal tak pun)
da pandai main-main gear sikit. tapi kene ade orang pegang la. aku tak berani bawak sorang sebab da jatuh tadi. hehe. so fobia sikit la. tapi part nak pulas2 minyak tu agak macam da boleh la. KOT. masalah aku skang ni adelah tak pandai nak imbang badan and still takut2 lagi. tapi takpe. lepas ni tiap-tiap petang aku akan belajar bawak moto. senang sikit kat u nanti nak pinjam moto sape-sape pun. haram pun haram la. janji dapat jalan-jalan and tak terperap dalam bilik tu je. boring gile.
maybe bagi certain orang akan cakap, eleh belaja moto pun nak kecoh. eh aku punye pasal la. diri aku, hidup aku, blog aku. kau nak sibuk pehal? *emo sebentar*
hehe. takde la. saje nak share-share. it is never too late to learn something, right?

okay la. smpai sini dulu entri kali ni. lain kali tulis lagi.
jap nak share satu mutiara kata.


"TANPA PERMULAAN, ANDA TAKKAN SAMPAI KE MANA-MANA"

have a nice day! salam.

Monday, November 15, 2010

award?!

okay. actually aku tulis post ni sebab tertengok blog mamal dgn isye.
dorang pun post benda ni sebab azam yang bagi.
so aku rase bersalah kalau tak buat benda ni.
ye la kan, orang da bagi award mesti la kene appreciate.(padahal tak layak pun. hihi)

so sebagai Datin Paduka Dila & Puan DidiLala (best tak nama ni? "thanx" ye), nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Paduka Azam & Tuan Syasya kerana memberi award ni pada saya.


okay. pastu apa? ouh tulis yang facts segala bagai tu. disebabkan ade 2 orang bagi aku award ni, maka bertambah la keje aku nak menulis ni.

1) 5 interesting facts about the person who gave u this award

-Azzam
* becok(bak kata isye, sampai terpecik air liur kalau bercakap)
* faham jiwa perempuan
* pasangan serasi aku masa matrik dulu
* kreatif
* tak suka PINK walaupun die sangat sesuai dengan color tu

-Hisham
*sangat gedik(believe me..)
*sporting sangat-sangat
*pandai buat kelakar dengan muka selamba die tu
*tak pernah tengok die marah
*suara dia tak sedap masa jadi tukang karut tu. HAHA

2) 10 interesting facts about yourself and your hobby
* nampak sombong tapi TAK sombong sebenarnya
* sangat menghargai pemberian orang lain walaupun hanya sekeping kad dan akan simpan sampai bila-bila. (kad raya orang bagi masa sekolah rendah ada lagi tau. hehe)
* cepat sangat naik angin tapi cepat jugak cool down
* suka sangat sangat sangat dengan budak kecik
* sangat menggilai NOVEL.
* da 19 tahun hidup single.
* sambal adalah makanan fevret
* tak suka ikut orang yang kalau pegi shopping, tengok barang kat kedai tu lama-lama, tapi at last, tak beli. wa boleh naik angin!
* tak penah telan ubat pil setakat ni lagi.
* time tido tak akan tersedar sikit pun walaupun guruh kuat gile or budak-budak buat bising.

3) 10 orang yang patut terima award ni and bagi sebab
*dipendekkan cite, semua blogger-blogger seantero dunia patut menerimanya sebab blog kita, karya kita. POYO!

4) spread the award to another bloggers
*encik azzam
*encik isye
*mamal gedik
*cik nad




itu sahaja. sekian terima kasih.
beta nak beradu. mengantuk.
next time sambung.

assalamualaikum




the new look


hai hai semua

da lama tak update kan? sampai ada yang dah complain.
bukannya apa. MALAS. biase la tu kan?

so sekarang ni dalam proses nak menukar banner.
encik azzam yang buatkan. saya ikut je.
motif? sebab jeles tengok die buatkan encik gedik punya banner.
so saya pun nak jugakk. hehe

tapi dalam proses nak tukar tu pening gak.
sebab nak kene pilih yang mana 1 matching dengan template i ni.
so hasilnya..tadaaa!! serba ORANGE. hehe
okay. whatever it is, janji matching ngan banner.

erm..nak tulis ape lagi ek? rasenya takde lagi kot.
esok-esok sambung lagi. *kalau rajin*


assalamualaikum

p/s: thanx azam :)