Friday, April 29, 2011

Hanya Luahan Rasa Seorang Kawan

assalamualaikum

fuhhh..fuhhh..fuhhhhhhhh *gaya tiup habuk*.

sudah lama dibiarkan blog ni hidup bersendirian. sampai bersawang dah. ni yang nak kemas-kemas sikit ni. ok. pe cer pulak kali ni? banyak cer wei. siryess ni! tapi hanya yang terbaik je yang akan terpilih untuk dipaparkan kat sini.

sekarang ni aku mengalami masalah yang berkaitan KAWAN! orang yang aku cakap antara terpenting dalam hidup aku dulu. tapi sekarang entah la. dah tawar hati nak cakap macam tu lagi. kenapa ye? sebabnye macam ni. dalam sesebuah persahabatan tak boleh ada salah faham. kalau ada, kena cepat-cepat settle. sebagai seorang manusia biasa, aku pun tak lepas dari salah faham. time tu mula la nak moody. nak angin satu badan. then aku ni kan jenis cepat marah tapi cepat gak cool down. so nanti bila aku pikir-pikir balik, muhasabah diri (mentang-mentang tengah dengar lagu Muhasabah Cinta), aku akan cakap tu semua pun salah aku jugak. bukan salah kawan aku je. aku sedar diri. aku mengaku kesilapan diri. aku tak cakap yang aku ni selalu betul.

aku pun bukannya baik sangat. bila da teremosi tu, mula TERngumpat sana sini. luahkan rasa tak puas hati kat sesape yang ada kat depan mata. TAPI tak sampai hati nak buat status dalam Facebook sampai semua orang tahu. (dalam blog boleh pulak ye cik fad? er..blog saya private! so orang luar tak tau. hehe)

jujur aku cakap, ye sekarang ni memang aku tengah kecil hati. walaupun aku tegur kawan-kawan aku macam biasa tak semestinya aku tak kecil hati dengan dorang. tapi aku kenal diri aku ni. mula-mula je kecil hati, lepas ni lupa terus. tapi ada gak antara kawan aku ingat ape yang aku buat kat dia sampai bila-bila. bagus sungguh ingatan dia. apa petua ye? mesti makan kismis banyak-banyak kan? kira dalam persahabatan aku dengan kawan-kawan aku ni, aku je yang mengamalkan sikap let's forgive and forget. KOT. biar la. maybe memang salah aku pun..

lepas ni macam taubat je taknak cari kawan baru lagi. susah la. bak kata sorang kawan aku dalam fb die ni, "If u want long-lastin , respected, sincere friendship, u need hardship." ya. that's right my friend. memang sangat betul. BUT. if only one side je yang kene harungi hardship tu, tak guna jugak kan?so sebab tu macam malas je nak cari kawan baru lagi. menyusahkan.


i know maybe its my fault. not maybe. IT IS my fault. so deep from my broken heart, a BIG sorry to you and others. kita bukan budak-budak lagi nak main tak kawan-kawan ni. so biar aku je la yang mintak maaf. ok? sebab yang lain-lain pun dah mintak maaf kan? sayang sungguh dorang kat kau. terharu aku dengar cite apa yang dorang sanggup buat untuk kau. tolong jangan sia-sia kan dorang. ni bukan perli ye. ni aku aku cakap serius. tolong jangan sia-sia kan dorang. jangan cakap buruk-buruk kat belakang dorang sebab dorang ikhlas kawan dengan kau. nampak sangat aku tak ikhlas kan sampai macam-macam kau cakap kat belakang aku? takpe. aku redha. kalau tu tanggapan kau dekat aku. nak buat camne kan? its ok. :)

untuk yang lain, ingat nasihat aku ni. kalau ada salah faham, rasa tak puas hati, cepat-cepat settlekan. pegi bersemuka dengan kawan kita tu. jangan cari orang tengah. sebab nanti orang tengah tu yang susah hati and pening sampai nangis memikirkan masalah korang. lagi satu, maybe orang tengah tu takut kalau last-last die yang dipersalahkan gara-gara dituduh bawa mulut. (macam pernah ku dengar situasi ini. tapi dimana ya? :p)


okay-okay. stop sini. nanti sambung lagi. bye. salam. oh ya! quotes untuk entry kali ni yang kat atas tu ye. yang kawan aku tulis dalam fb dia tu. :)

p/s: sape tgk kes sumpah laknat tu? entah apa-apa la politikus-politikus ni. nanti kalau rajin aku share la pandangan aku pasal isu ni. btw sumpah jeles tengok wedding Prince William dengan Catherine tadi! melepas! HAHA.

Friday, February 11, 2011

perasaan saya memang tak pernah konsisten!

assalamualaikum

hai. lama sungguh tak update blog ni ye. biase la.. bukannya apa. lately ni MALAS sikit. saya mengaku saya tak serajin budak gedik dua orang tu. *sape? lu pikir la sendiri.

so, melihat kepada tajuk di atas, hari ni aku macam nak luah ketidakpuasaan hati aku terhadap perasaan aku sendiri. nak luah kat fb tak boleh. bahaya woo! kontroversi.

aku sebenarnya nak mengaku yang aku memang ada masalah nak faham perasaan or lebih tepat hati sendiri. kadang-kadang aku cakap TAK SUKA, tapi sebenarnye aku SUKA. aku ni jenis lambat nak sedar. bila benda da takde depan mata baru nak sedar. teruk kan? time tu la baru nak tercari-cari. then bila dia datang balik, aku terus tak suka lagi. ape sebenarnye yang aku nak ek? entah la. aku sendiri tak paham.

tapi bila aku suka kat orang tu pulak, aku akan simpan je perasaan aku ni. memang tak la aku nak pegi approach die. pengalaman lalu da mengajarku. hehe. orang lain beriya-iya bagi galakan suruh approach die. suruh add dalam fb la, amik num dia la. siap volunteer pegi tolong cari kan num dia. kawan sejati betul la. tapi sori la. aku tetap buat tak tau je. ramai yang kata, kalau macam ni la gaya aku, sampai bila-bila pun tak akan dapat punya apa yang aku nak tu. tapi aku tetap dengan pendirian aku. aku cakap kat dorang yang minat, suka, cinta tak bererti memiliki kan? hebat tak falsampah aku? tapi bila pikir-pikir balik, kalau kita tak berusaha, camna nak tau dapat ke tak kan? tapi aku tetap aku. sentiasa tak yakin dengan diri sendiri. kenapa aku tak yakin pun aku tak tau. sampai sekarang tak dapat nak kaji lagi. sebab tak cantik kot. hehe. or maybe sebab aku ego? entah la. once again, aku tak paham.


then aku pun rasa yang maybe orang lain yang patut approach aku dulu kot. lagi senang agaknya. tapi bila ada orang nak usha aku, aku takut. ada 1 hari ni, masa wedding sepupu aku, ade sorang mamat ni nak usha aku. ni bukan kes perasan ye. ni memang betul. obvious gila kot. kejap-kejap datang kat tempat aku. tau la time tu aku tukang jaga nasik je. pakai lawa-lawa, last-last kene layan tetamu. tolong cedok kan nasi untuk dorang. ceh! ok. sambung balik. budak tu tanya aku duk mana la, and macam2 lagi. aku jawab je la. tapi langsung tak pandang muka die. memang da nak nangis time tu. lepas je die blah, aku pun terus masuk dalam rumah. suruh cousin aku ganti tempat aku. siap pesan kalau budak tu tanya pasal aku, cakap je aku da balik dengan boyfriend aku padahal masa tu umur baru setahun jagung. haha. tak boleh blah betul. sampai camtu sekali. tapi memang serius aku rasa nak nangis. rasa geli pun ada. bila aku cite kat kawan aku memang teruk kene gelak la. tapi nak buat camne lagi. da tu yang aku rasa. takkan nak bohong cakap suka pulak. selepas beberapa tahun, aku ingatkan rasa takut dgn geli tu da hilang. tak jugak u olls! time matrik pun ade kes camni gak. nasib baik slow-slow budak tu paham. da ade gf pun die skang. aku tumpang bahagia. hehe.

aku ni jenis yang tak boleh nak lebih-lebih kalau kenal pakai fb or ym ni. sebabnye adalah bila aku tengok gamba dia dan dia tak hensem, aku reject. jahat tak? ye. aku mengaku agak jahat. tengok pada fizikal je. tak kenal pun dalaman dia. bukan taknak wei. tapi biase la. bila kenal pakai benda-benda cmni mesti nak yang hensem ngan cantik je kan? dan bagi aku, kenal kat fb, ym dan sewaktu dengannya ni adalah sangat tidak jujur. sape-sape pun boleh menipu. even aku pun menipu. *opps! pecah sudah rahsia.

tapi aku bukanlah orang yang memandang kepada rupa je. percayalah! aku bukan camtu. kalau tak pecaya pegi tanya girlfriends aku. dorang tau la taste aku camne. aku sikit pun tak heran pasal fizikal seseorang tu dengan syarat aku nampak dan kenal dia in person, dengan mata kepala aku sendiri. bukan pakai fb ym segala bagai ni. then time tu la aku mula pikir maybe aku ni kene 'kenal' dengan kawan sendiri kot. ye la, aku minat org tak jalan, org minat aku pn cannot go, so dengan kawan sendiri je la. tapi seperti biasa, tetap jugak tak boleh! bukan tak cuba. da cuba bape kali da nak try bagi peluang suka kat kawan sendiri. still tak boleh. alasan? sebab dorang tu kawan aku. tapi ade je kawan yang suka sama suka kan? bukannya haram pun. tapi ni fad la wei. kalau perasaan tak bercampur baur tu bukan fadhilah namanya. sentiasa bercelaru je aku ni. haish..

so alternatif terakhir aku adalah, suruh mak bapak aku je la yang pilih. cara aku tulis macam da desperate benor je gamaknye. padahal muda lagi. HAHA. bukannya apa, kadang-kadang risau gak dengan dengan diri aku ni. kalau macam ni la perangai aku, sampai bila-bila memang tak kawin la jawabnya. kalau kawin pun, entah-entah seminggu lepas tu, aku tak suka husband aku. pe kes? sape nak jawab tu? nak salahkan sape? takkan nak bagi alasan kat die, "sori la. perasaan saya memang tak pernah konsisten. kita cerai dulu ok? lepas awak da takde, then saya mula ingat kat awak dan rasa suka balik, kita kawin semula. amacam?" GILAK! ya ALLAH! mintak jauh la. hihi

tapi aku yakin setiap orang ada jodoh dia. bila tiba mase nanti, aku tak akan tolak sape pun jodoh aku tu. tak kira la dia tu dulu SECRET ADMIRER, KAWAN atau MUSUH aku sekali pun. kalau da jodoh aku terima je.

so, conclusion yang aku boleh buat sekarang adalah aku tak bersedia lagi nak bagi commitment kat benda lain selain dari family dan pelajaran aku. sebab aku nak kalau aku da suka kat orang tu, aku suka sungguh-sungguh dan akan kekal sampai bila-bila. tak nak main-main and nak jadi one man woman bila perasaan saya da mula konsisten nanti!

okay. sampai sini je la aku merepek ye? jumpa lagi kalau aku rajin nak update blog ni.

salam.

" sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)

:)

Saturday, January 8, 2011

hafal jadual

assalamualaikum

hai semua. da lame tak update blog ni. rasanya mmg mcm da lewat nk wish. tp tetap gak nk wish. HAPPY NEW YEAR! hehe. ok da.

so sempena tahun baru ni mmg berlambak la azam kn? tapi not me. biase je. recycle balik azam-azam yg lepas.

tapi hari ni bukannya nak cite pasal azam ni semua. tapi nak cite pasal ape yg jd pagi tadi.
cite die macam ni. semalam, lepas kelas, aku telah menggedikkan diri untuk pegi ke KTHO untuk berjumpa cik farah tersayang. bila da jumpa dgn geng baik ni mmg susah la nak berpisah kan? so aku pn telah membuat kata putus untuk tido je kat bilik die. lagipun roomate die takde. walaupun esok harinya ade kelas tapi aku tak kisah sebab 1 kelas je. tp sebelum tu farah tanya aku, kelas kul bape. lebih kurang cmni la perbualan kiteorang.

Farah : beb, esok kelas kau kul bape? tido je ah sini.

Me : pukul 9 pg smpai kul 11. ermm..ok kot kalau nk tido sini. esok pagi2 aku balik la kajai.

Farah: eh same la kite. kelas aku pn kul 9 gak. boleh lah pegi sama-sama esok. nanti esok aku teman kau balik kajai then kita amik bas dari sana je la.

Me: ok cun!

so bila masing-masing da setuju kiteorang pun teruskan la dengan aktiviti harian iaitu online sampai mati. eh salah. pagi. sambil berbual dan gelak-gelak macam orang gila. tapi disebabkan terdorong oleh rasa mengantuk yang amat sangat, aku pun terlelap dulu. si farah tu tetap meneruskan misi online sampai pagi dia tu.

then bila alarm da berbunyi, macam biasa. bangun dgn penuh semangat, tengok kat fon tu pukul bape. 6.45 a.m. ok. awal lagi. tido balik.
jadi, apabila sudah tido balik, haruslah terlambat bangun kan? tu pun nasib baik bangun. tengok-tengok jam, pukul 7.30 da. kelam kabut gak la si farah tu mandi. bile da settle semua, then gerak pegi kajai.

bila da sampai kajai mmg terus rushing la mandi. da la masa tu da pukul 8.05 minit. mandi ala kadar je. mandi kerbau tapi rasanya kerbau pun lambat sikit keluar dari bilik air tu compare dengan aku. ahh lantak la! janji mandi. *children,pls don't try this at home.

lepas da siap-siap semua dengan memakai baju kurung sempena menghormati hari jumaat yang mulia ini, kiteorang pun gerak ke bus stop kajai. nasib agak baik sebab bas zon U tiba awal. so kiteorang pun naik la bas tu.

dalam perjalanan, sambil makan biskut, aku pn mencari la berry-berry aku(bukan blackberry tapi hanyalah organizer kepunyaanku yg berwarna hitam.hehe).tujuannya untuk tengok kelas aku kt bilik kuliah mana. aku pun selak la kat jadual aku tu.

Konsep & Pemikiran Sistem Set 1 Jumaat/8.00/2/BK5FTSM



dalam hati aku cakap," ouh bk 5. alah..malasnye nak naik tangga." then aku pun tutup balik berry-berry tu, masukkan dalam beg dan continue kunyah biskut aku.

then secara tiba-tiba aku berhenti kunyah biskut. teringat satu benda.. "eh jap2..jumaat...pukul 8..bk5......what? pukul 8??". terus selongkar balik beg cari berry-berry. amik kau! mmg pukul 8 pagi pun. then terus tengok jam. pukul 8.45. terbaik ah!
ape lagi aku pun terus cakap kat farah yg duk sebelah aku ni.

Me : beb! mati aku!

Farah: la..pehal?

Me: kelas aku kul 8 dow. aku baru cek ni hah.

Farah: eh semalam kau bukan main confident ckp kelas kul 9. ni lain plak.

Me: alah sebab semalam berry-berry aku tinggal dlm bilik. aku mana ingat jadual aku sangat. alamak..cmne ni?

Farah: camne ape pulak. ikut aku pegi kelas la. belajar law.
*sambil gelak-gelak

Me: macam haramm la kau. nasib baik la aku sedar sebelum sampai fact. kalau tak memang malu la aku masuk kelas nanti.

Farah: kalau cmtu kau balik je la wei.sambung tido.jeles la plak aku.

Me: banyak la kau punya jeles. rasa menyesal la plak tak datang kelas. tapi kalau aku masuk pun confirm2 la kene sembur ngan lecturer tu. da la lambat nk dekat sejam.lecturer pulak yang jenis garang.

Farah: da tu? kau nak buat ape?

Me: sebagai student yang baik, aku rase aku harus pulang je ke kajai.

Farah: ceh.

Disebabkan da tak boleh pegi kelas, aku pun balik la. duk dalam bas tu tak turun-turun. pakcik tu pun agaknya pelik je tengok aku. tapi nak buat cmne.takkan nak turun jugak. pusing je la satu UKM sebelum sampai kajai.

Bila da sampai tu, terus masuk bilik,explain sikit-sikit kat roomate aku yang tgh selubung bawah selimut tu kenapa aku pegi kelas kejap je then terus menghempaskan diri ke katil terchenta. niat awal konon-kononnya nak rehat jap pastu nak pegi basuh baju. tapi aku kalau berniat, mmg tak penah tertunai le. nak rehat punya pasal ye, aku tertido hampir 10 jam. amik kau! bapak lama. dari pukul 9 lebih tu smpai pukul 6 lbh nk dekat pukul 7 cmtu. nasib baik la aku sedang berABC. tak rasa bersalah sgt. masa bangun tu mmg kepala aku pening la. penangan tido lama sangat kan. mana taknya, aku qada sekali tido-tido yang lepas. tu la hasilnya. 10 jam.

Aku rasa agak menyesal la. sebab sikap aku yang tak boleh lagi menghafal jadual tu, hidup aku agak kelam kelibut sikit hari ni. tak buat keje ape pun. haishh..teruk betul kan? harap-harap lepas ni aku akan lebih alert dengan jadual aku tu. cara yang terbaik adalah, buat jadual besar-besar then pegi tepek(tampal) kat softboard kat meja study tu. takpun buat jadual banyak-banyak. bawak kat mana-mana je aku pegi. habis cerita.

so itu je la untuk hari ni. anything sambung lagi di masa hadapan. the moral of the story is, hafal lah jadual anda sebelum anda menjadi seperti saya. sekian terima kasih.

"Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah"

-- Ali imran : 159


salam.
:)