assalamualaikum
akhirnya hari yang ditunggu-tunggu da pun tiba. hari ni da masuk 1st day kita berpuasa. excited sangat. harap-harap dalam bulan yang penuh kemuliaan ni dapat la kumpul banyak pahala. da pasang azam macam-macam ni. tapi part puasa penuh tu gerenti la tak bole kan? :p
insyaALLAH target untuk puasa time ni ade la untuk khatam al-Quran. harap-harap termakbul la. teringat gak kat family tersayang. ni kali kedua tak dapat puasa ngan dorang. tapi takpe la. demi cita-cita ku tempuhi jua..cewah! hihi
tapi dalam bulan puasa macam ni la selalunya dugaan banyak gile. problem pun same. tapi kene think positive! dugaan Allah bagi sebab Allah sayang kite. Allah takkan bagi ujian yang terlalu berat sampai menyusahkan hambaNya. Allah bagi ikut kemampuan kite. so tempuh je la dengan penuh kesabaran. maybe ada hikmah disebalik semua masalah tu.
aku mengaku aku bukan la seorang yang baik. banyak sangat dosa yang aku da buat. so skang ni, sempena bulan Ramadhan ni, i hope to be a better person. aku nak lagi dekat dengan pencipta aku. ni kalau kawan-kawan aku baca ni mesti tergelak and tak pecaya. dalam hati dorang mesti cakap, poyo seh fad! apa-apa je la korang weh. aku nak berubah slow-slow la. takde la drastik sangat. yang penting perangai gila-gila aku tu tetap maintain.
tapi kita sebagai manusia biasa ni mesti la cepat leka, lalai, lupa dengan tanggungjawab and janji-janji kita. tu aku tak nafikan sebab aku selalu je macam tu. kadang-kadang benda macam ni la yang buat tension sebab rasa diri sendiri da mungkir janji. tak kira la dekat Allah ke or kawan-kawan. rasa serba salah sangat-sangat. sikap ni la aku cuba nak kikiskan sempena bulan puasa ni. insyaAllah mesti bole.
eh btw tadi tgk video posted by my ex-classmate masa kat matrik dulu. memang sumpah nak mengalir air mata ni. tak tau la kenapa sejak-sejak kenal ngan dorang ni, i mean sejak masuk matrik la, da tau nak rasa rindu-rindu. padahal dulu tak pun. maybe sebab kiteorang punye friendship terlalu kuat kot. tak pernah aku jumpe classmates macam dorang. serius. lagi-lagi puasa ni. teringat time kiteorang pegi bazar and berbuka same-same. secara jujurnye, aku memang sayang dorang sangat sangat sangat sangat! kat matrik dulu kiteorang da macam adik beradik. tak leh nak berpisah. tapi adat la kan.. setiap pertemuan mesti ade perpisahan. aku redha je. aku sentiasa doakan dorang berjaya and dikurniakan kesihatan yang baik. amin.
ok la. stop sini dulu. esok sambung lagi. nak tido da. kul 4 kang nak bangun sahur. beriye2 je ni. last-last kang terlajak. takpe. janji da niat puasa. :)
once again, SELAMAT BERPUASA
bye-bye. salam.
HARAPAN RAMADHAN
ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna
Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula
Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti
Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan
Selangkah Demi Selangkah
Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku
ku Tempuh Jua


0 comments:
Post a Comment