assalamualaikum.
hari ni sungguh letih. muka monyok je masa pegi kelas tadi sebab banyak keje tak siap la.. macam biase. da la tido lewat semalam. tapi berjaya gak harungi hari yang penuh 'warna-warni' walaupun mengantuk tahap gaban.
lusa nanti sume umat islam da start puasa. excited gak nak tunggu bulan puase ni. this is my second time berpuasa tanpa family di sisi. sedih la gak tapi kena redha je la. puasa tak kisah sangat tapi jangan la raya pun tak balik gak. melampau la tu.
tapi dalam bulan puasa ni gak la macam-macam aktiviti, program yang kene buat. for the coming 3 weeks ni, memang bz sangat-sangat. kena organise kempen kemerdekaan untuk kolej rahim kajai. walaupun banyak keje tapi terselit gak rasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang untuk program ni. takpe la. berkorban mase kt 1st year ni. harap-harap untuk tahun depan, dapat duk kolej ni lagi.
dalam bz dengan program-program ni gak, terselit rasa rindu kat kawan-kawan. da lama tak contact. masing-masing ade hal yang perlu disettlekan. farah,bihah,mira n kawan-kawan yang lain. kt family pun same gak. rase nak balik rumah je time tension tu. tapi mengingatkan tanggungjawab kt sini plus harapan family, tempuh je la sume ni. lagipun ALLAH kan ada.
maybe ni la harga yang kene bayar sebelum boleh berjaya macam senior-senior yang graduate tadi. jeles tgk dorang. tapi insyaALLAH satu hari nanti, mesti jadi macam dorang. tapi tu la..kene study sungguh-sungguh. lebih dari sekarang ni. sebab lately ni macam tak fokus nak blaja. semangat macam turun sikit. gara-gara banyak problem.
ok la. setakat ni je dulu. post yang pertama kena cakap random je dulu. da masuk yang ke 2 and seterusnya baru le cite detail ok? last but not least, ni ade lirik lagu yang selalu meningatkan aku kat orang-orang tersayang. hayatilah.
bye. salam.
Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.
Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,
Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.


0 comments:
Post a Comment