Sunday, October 10, 2010

Sweet Nineteen :)

assalamualaikum


bertemu kita lagi ye. melihat kepada tajuk di atas, anda semua mesti sedia maklum bahawa baru beberapa hari lepas saya telah menjadi birthday girl. so post kali ini akan lebih menceritakan tentang sambutan birthday saya itu. sungguh skema bahasa saya kan? jadi saya akan menukarnya supaya anda semua tidak muntah.



ok. pasal my birthday tu. sambutan kali ni (ceh guna perkataan 'sambutan' tu. macam la glamor sangat aku ni) agak meriah berbanding tahun-tahun lepas. tak expect pun akan jadi best macam ni. and yang paling penting terharu sangat-sangat. terasa macam diri ni diingati bila semua orang duk wish dalam fb tu. opps! sori.. bukan semua orang. sesetengah orang yang menghargai aku sebagai seorang kawan kepada diorang je yang wish. aku ingat ok sape yang wish and sape yang tak. sebenarnye its not a big deal kalau tak wish cuma aku ni jenis orang yang akan observe dan ambil tahu perkara remeh temeh ni sebab pekara remeh temeh ni agak penting bagi aku untuk menilai seseorang tu. okay. stop la cite pasal benda-benda tak best ni.




berbalik pasal birthday tu, selain fb, da tentu2 la fon pun menjadi mangsa. family dan kawan-kawan kesayangan aku antar msg birthday kt aku. tu pun da cukup buat aku tersenyum lebar. then bile pegi rumah hantu (fakulti aku..hehe) budak-budak kelas pun wish. siap nyanyi lagi. giler punye terharu. korang mmg the best la geng-geng TS. najwa dengan rina siap belanja lagi kt pusan. ni ade gamba kek yang najwa belikan untuk aku.


sori la terbalik. malas nak rotate. hehe.. ni kek cheese. sedap jugak la kek ni. thanks najwa. and rina for the delicious bubur.




then bila balik ke bilik petang tu rumate aku, cik nad dan jiran kami iaitu maisarah nasardin dan mijah buat surprise kat aku plak. hampeh tul dorang. patut la malam semalam tu buat derk je. tak wish langsung kt aku. ada agenda tersembunyi rupenye. yang si mai ni tukang melaksanakan ape yang dirancang oleh 2 mastermind tak bergaji tu. konon-konon suruh teman die pegi beli makanan kt kafe. aku yang naif lagi innocent ni pun pegi la temankan die. mase da dapat order tu aku pelik sebab ada 1 je makanan. aku pun tanya die sape punya. die dengan selambanya cakap, "Mijah yang punye". pastu aku tanya balik,"kau punye makanan mana?". dengan rasa bangganya dia cakap,"aku tak lapar. ni belikan untuk mijah je." eh. pulak. bukan ke mase die ajak aku nak g beli makan tadi die cakap nak beli untuk die? bile sampai kafe, dan-dan tu pulak kenyang? aku da mula rase pelik time tu. tetibe rajin plak si mai ni nak belikan orang lain makanan tapi die punye takde. tapi rase pelik tu boleh tahan lagi. maybe die nak buat amal jariah la kot dekat rumet die yang tersayang tu. (mai n mijah adelah rumet ok.)




then mase dalam perjalanan balik tu, tengah sibuk berbual dengan mai tetibe die keluarkan fon. die kol sape aku tak tau. tapi tiba-tiba die cakap dengan orang kt tepon tu, "ah ok2. dah." pastu letak. ape ke hal nye tu? takkn kol semata-mata nak cakap perkataan yang pendek-mendek tu? dah sah-sah la buang tebiat si mai ni. bile aku tanya kol sape, die tak jawab pun tapi cepat-cepat ubah topik. hampeh ko mai.





lepas tu, sampai la ke bilik aku, mai terus je menonong nak masuk bilik die tu. aku pun bukak la pintu, tengok rumet aku takde atas katil die. aku macam tertanya-tanya la kejap mane die ni. takkan g bilik jiran kot. dalam aku tengah pikir-pikir tu tetibe aku dengar bunyi lagu dan 2 makhluk keluar dari persembunyian mereka iaitu di sebalik pintu. memang monkey shock aku atau dalam bahasa saintifiknya terkejut beruk aku. 2 makhluk tu pegang kek and nyanyi lagu 'Happy Birthday' kt aku. then mai pun masuk sambil tersengih macam kerang busuk. terus die kate "aku tak tau ape yang dorang nak buat ok? aku just ikut je ape yang dorang suruh". terus kiteorang gelakkan die. mai2.. sebenarnye surprise untuk mai jugak. sebab birthday die 2 hari yang lepas. dekat je ngan ngan birthday aku ni. kat kek tu ada tulis nama kiteorang. bukan name la actually. cume huruf depan name kiteorang je. M & F. then dekat tingkap tu ade tergantung kertas warna-warni yang tulis "HAPPY B'DAY M & F". aku tercengang jap memikirkan bila la dorang ni duk buat benda alah semua ni. padahal selalu je ada depan mata aku dorang ni. pelik bin ajaib. then mula sesi menganbil gambar dan makan kek sampai kenyang.





bila da makan kek tu aku ingatkan semuanya da berakhir le. tapi tiba-tiba si mai bawak keluar 1 beg dari tepi katil nad. aku pelik lagi. rasenya aku duk menghadap kat situ da lame. tapi kenapa tak nampak langsung benda tu? mai pun duk statik je kat situ. bile mase die keluar letak benda tu? tetibe aku rase kawan-kawan aku ni anak didik si David Copperfield tu.
aku pun da malas nak pikir-pikir lagi. terus aku tanya ape benda tu. mai pun cakap,"hadiah untuk kau". lagi la melopong mulut aku. ada hadiah la pulak? bertambah-tambah terharu la aku ni. masa tengok dalam beg tu, bukan 1 je hadiah. tapi 2. pastu ade birthday card handmade punye oleh si mijah.terbaik la korang. ni buat aku sayang lebih ni. hehe








* ni gambar kek ngan decoration yang dorang buat tu plus hadiah-hadiah yang aku dapat. novel, tshirt and kad :)










*para mastermind dan tukang menjalankan rancangan. from the left: mijah, nad and mai.







bersyukur gila bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang sayang dengan kita. aku bukan cakap macam ni sebab surprise yang dorang buat ni tapi kita sendiri akan rasa whether orang tu sayang kite ikhlas atau tak. then bile dorang buat surprise ni lagi la mengukuhkan apa yang aku rasa tu. aku bukan je ada family yang sayang kat aku tapi kawan-kawan jugak. thanks guys. thanks for everything. the wishes especially. dari kawan-kawan matrik, terutama sekali geng-geng 1H08 aku yang disayangi. bihah siap kol and nyanyi untuk aku. aku ingatkan dia tak ingat sebab masa tahun lepas minah tu kene amnesia. hehe






then thanks jugak untuk azam, iswan, saufi, min, sufi yang excited wish sebelum birthday aku lagi sebab nak jadi orang pertama, sofiah, mira, aziah,manje,tikah,aqieh dan ramai lagi la. sori kalau tak dapat tulis kat sini. tapi apa-apa pun korang semua memang the best. and i only appreciate those yang appreciate me. sentiasa ingat tu. bunyi macam jahat tapi kadang-kadang aku da malas asyik nak pikir pasal perasaan orang lain je. perasaan aku sape nak jaga? so kene gak jadi selfish.





tapi yang paling penting aku kene bersyukur kepada ALLAH sebab bagi aku peluang untuk terus hidup dan bernafas sampai la sekarang ni. kalau dia tak izinkan aku hidup, takde maknenye ada surprise tu dan aku pun tak dapat nak tau sape yang menghargai aku atau tak.



thanks ALLAH :)





okay. sampai sini je dulu. nanti sambung lagi. da ngantuk ni.
bye2. salam.