assalamualaikum
hai. lama sungguh tak update blog ni ye. biase la.. bukannya apa. lately ni MALAS sikit. saya mengaku saya tak serajin budak gedik dua orang tu. *sape? lu pikir la sendiri.
so, melihat kepada tajuk di atas, hari ni aku macam nak luah ketidakpuasaan hati aku terhadap perasaan aku sendiri. nak luah kat fb tak boleh. bahaya woo! kontroversi.
aku sebenarnya nak mengaku yang aku memang ada masalah nak faham perasaan or lebih tepat hati sendiri. kadang-kadang aku cakap TAK SUKA, tapi sebenarnye aku SUKA. aku ni jenis lambat nak sedar. bila benda da takde depan mata baru nak sedar. teruk kan? time tu la baru nak tercari-cari. then bila dia datang balik, aku terus tak suka lagi. ape sebenarnye yang aku nak ek? entah la. aku sendiri tak paham.
tapi bila aku suka kat orang tu pulak, aku akan simpan je perasaan aku ni. memang tak la aku nak pegi approach die. pengalaman lalu da mengajarku. hehe. orang lain beriya-iya bagi galakan suruh approach die. suruh add dalam fb la, amik num dia la. siap volunteer pegi tolong cari kan num dia. kawan sejati betul la. tapi sori la. aku tetap buat tak tau je. ramai yang kata, kalau macam ni la gaya aku, sampai bila-bila pun tak akan dapat punya apa yang aku nak tu. tapi aku tetap dengan pendirian aku. aku cakap kat dorang yang minat, suka, cinta tak bererti memiliki kan? hebat tak falsampah aku? tapi bila pikir-pikir balik, kalau kita tak berusaha, camna nak tau dapat ke tak kan? tapi aku tetap aku. sentiasa tak yakin dengan diri sendiri. kenapa aku tak yakin pun aku tak tau. sampai sekarang tak dapat nak kaji lagi. sebab tak cantik kot. hehe. or maybe sebab aku ego? entah la. once again, aku tak paham.

then aku pun rasa yang maybe orang lain yang patut approach aku dulu kot. lagi senang agaknya. tapi bila ada orang nak usha aku, aku takut. ada 1 hari ni, masa wedding sepupu aku, ade sorang mamat ni nak usha aku. ni bukan kes perasan ye. ni memang betul. obvious gila kot. kejap-kejap datang kat tempat aku. tau la time tu aku tukang jaga nasik je. pakai lawa-lawa, last-last kene layan tetamu. tolong cedok kan nasi untuk dorang. ceh! ok. sambung balik. budak tu tanya aku duk mana la, and macam2 lagi. aku jawab je la. tapi langsung tak pandang muka die. memang da nak nangis time tu. lepas je die blah, aku pun terus masuk dalam rumah. suruh cousin aku ganti tempat aku. siap pesan kalau budak tu tanya pasal aku, cakap je aku da balik dengan boyfriend aku padahal masa tu umur baru setahun jagung. haha. tak boleh blah betul. sampai camtu sekali. tapi memang serius aku rasa nak nangis. rasa geli pun ada. bila aku cite kat kawan aku memang teruk kene gelak la. tapi nak buat camne lagi. da tu yang aku rasa. takkan nak bohong cakap suka pulak. selepas beberapa tahun, aku ingatkan rasa takut dgn geli tu da hilang. tak jugak u olls! time matrik pun ade kes camni gak. nasib baik slow-slow budak tu paham. da ade gf pun die skang. aku tumpang bahagia. hehe.
aku ni jenis yang tak boleh nak lebih-lebih kalau kenal pakai fb or ym ni. sebabnye adalah bila aku tengok gamba dia dan dia tak hensem, aku reject. jahat tak? ye. aku mengaku agak jahat. tengok pada fizikal je. tak kenal pun dalaman dia. bukan taknak wei. tapi biase la. bila kenal pakai benda-benda cmni mesti nak yang hensem ngan cantik je kan? dan bagi aku, kenal kat fb, ym dan sewaktu dengannya ni adalah sangat tidak jujur. sape-sape pun boleh menipu. even aku pun menipu. *opps! pecah sudah rahsia.
tapi aku bukanlah orang yang memandang kepada rupa je. percayalah! aku bukan camtu. kalau tak pecaya pegi tanya girlfriends aku. dorang tau la taste aku camne. aku sikit pun tak heran pasal fizikal seseorang tu dengan syarat aku nampak dan kenal dia in person, dengan mata kepala aku sendiri. bukan pakai fb ym segala bagai ni. then time tu la aku mula pikir maybe aku ni kene 'kenal' dengan kawan sendiri kot. ye la, aku minat org tak jalan, org minat aku pn cannot go, so dengan kawan sendiri je la. tapi seperti biasa, tetap jugak tak boleh! bukan tak cuba. da cuba bape kali da nak try bagi peluang suka kat kawan sendiri. still tak boleh. alasan? sebab dorang tu kawan aku. tapi ade je kawan yang suka sama suka kan? bukannya haram pun. tapi ni fad la wei. kalau perasaan tak bercampur baur tu bukan fadhilah namanya. sentiasa bercelaru je aku ni. haish..
so alternatif terakhir aku adalah, suruh mak bapak aku je la yang pilih. cara aku tulis macam da desperate benor je gamaknye. padahal muda lagi. HAHA. bukannya apa, kadang-kadang risau gak dengan dengan diri aku ni. kalau macam ni la perangai aku, sampai bila-bila memang tak kawin la jawabnya. kalau kawin pun, entah-entah seminggu lepas tu, aku tak suka husband aku. pe kes? sape nak jawab tu? nak salahkan sape? takkan nak bagi alasan kat die, "sori la. perasaan saya memang tak pernah konsisten. kita cerai dulu ok? lepas awak da takde, then saya mula ingat kat awak dan rasa suka balik, kita kawin semula. amacam?" GILAK! ya ALLAH! mintak jauh la. hihi
tapi aku yakin setiap orang ada jodoh dia. bila tiba mase nanti, aku tak akan tolak sape pun jodoh aku tu. tak kira la dia tu dulu SECRET ADMIRER, KAWAN atau MUSUH aku sekali pun. kalau da jodoh aku terima je.
so, conclusion yang aku boleh buat sekarang adalah aku tak bersedia lagi nak bagi commitment kat benda lain selain dari family dan pelajaran aku. sebab aku nak kalau aku da suka kat orang tu, aku suka sungguh-sungguh dan akan kekal sampai bila-bila. tak nak main-main and nak jadi one man woman bila perasaan saya da mula konsisten nanti!
okay. sampai sini je la aku merepek ye? jumpa lagi kalau aku rajin nak update blog ni.
salam.
" sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)
:)






