assalamualaikum
hari ni, seperti yang semua warga UKM sedia maklum, merupakan hari pertama kuliah untuk semester 2. masing-masing aku tengok bersemangat je nak pegi kelas. excited semacam. bangun awal. ye la..first day. tengok la dalam dua tiga minggu lagi macam mana. semangat entah ke mana. ni termasuk aku jugak la ye. bukan orang lain je. hehe
tapi aku awal-awal lagi da ponteng kelas. HAHA. tak boleh blah. ni bukan saja-saja nak ponteng. aku ada sebab kukuh. *kukuh ke? no komen. aku ponteng kelas first tu je. lepas tu, yang kelas pukul 10 tu aku pegi la. tapi kan, aku tengok ramai je yang ponteng. nak2 budak kelas aku. satu hari straight tak pegi kelas. bapak berani dorang. tapi lantak la. ikut suka dorang la. malas nak campur. maybe ade la sebab dorang tak datang kelas tu.
lagipun hari ni tak pack sangat. biasa-biasa je. lecturer terangkan pasal couse info ngan outline, then die blah. tapi yang first class yang aku ponteng tu dorang kata da abes 1 chapter. adoyai..rugi aku. takpe2. akan ku topup. insyaALLAH lepas ni tak ponteng lagi kelas ni.
pengalaman lalu sudah mengajarku. hehe

sebab ape aku cakap camtu? sebab gara-gara ponteng kelas, pointer aku rendah! lepas tu kredit hour tak cukup nak register kos lain. tension gak aku tadi. memang menyesal la. padan muka aku. aku da tak tau nak buat pe lagi tapi aku da pegi pejabat da. harap-harap boleh la register. kalau tak boleh jugak, redha je la.. memang kena bertungkus lumus la sem depan nampaknya sebab banyak subjek kena amik. tak pun kene berkorban buat short sem. haish.. dugaan dugaan.
so anak-anak, sempena sem 2 yang baru bermula ni, aku harap aku tak la macam dulu lagi. pemalas tahap maksima. aku akan cuba sedaya upaya untuk berubah. insyaALLAH. tapi kan, aku tak tau la berjaya ke tak aku nak berubah ni atau pun ni hanya hangat-hangat 'chicken shit' je. HAHA. so sama-sama kita nantikan. ;)
tu je untuk hari ni. lain kali post lagi.
"KEGAGALAN BUKAN BERMAKNA ANDA TIDAK MENCAPAI APA-APA. IA BERMAKNA ANDA TELAH MEMPELAJARI SESUATU"


0 comments:
Post a Comment